Wang memang tak boleh beli kebahagiaan tetapi wang akan membantu kita menghindari penyakit akibat rasa tidak bahagia dan tertekan.
Menurut satu kajian di England, orang kaya hidup lagi lama berbanding orang miskin walaupun mereka sama-sama menghadapi tekanan.
Menurut ketua penyelidik, Dr Antonio Ivan Lazzarino, kombinasi kemiskinan dan tekanan boleh memberi kesan kepada kesihatan.
Kajian yang dimuatkan dalam Archives of Internal Medicine itu meneliti data lebih daripada 66,500 orang di England yang berusia 35 tahun ke atas.
Pengkaji menyimpulkan bahawa orang yang mempunyai status ekonomi lemah dan mengalami tekanan lebih cenderung meninggal dunia dengan lebih cepat dan orang yang mempunyai status kewangan baik juga memiliki tahap kesihatan yang baik dan membolehkan mereka hidup lebih lama.
sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment