Tuesday, 25 December 2012

Seram : Kisah Eksiden Dengan Hantu





Kisah benar ini diambil dari forum Gempak.. Selamat membaca.. 


Kisah ini berlaku sekitar 2008.

Semua yang diceritakan ini adalah benar, tiada yang tak benar melainkan benar-benar belaka.

Aku masih ingat lagi. Masa tu tahun akhir degree. Aku dan member sekolej di Kelantan terpaksa transfer kredit ke another kolej di Kedah untuk meneruskan perjuangan dalam pengajian agama. Kolej baru tu di Alor Setar. Korang tahu kan kolej apa. Terpaksa kerana pada tahun tu, kerajaan M'sia menutup pintu sambung belajar ke al-Azhar, Mesir dan menetapkan syarat2 baru yg lebih ketat. Beribu-ribu pelajar menerima khabar malang itu dengan sakit hati dan redha. Ok skip to da story.

Aku baru kali pertama jejak kaki ke Kedah. Bertolak dengan kereta kancil pagi-pagi lagi ke Kedah. Selesai sahaja urusan pendaftaran di kolej baru kira sebelah petang, malamnya ada kawan-kawan ajak balik rumah sebab ada seminggu lagi nak mulakan pengajian. Aku pun apa lagi, tengah malam tu jugak aku setuju untuk balik ke Kelantan semula. Tak tahu lah kenapa malam tu terus nak balik. Walhal badan tengah penat baru sampai dari Kelantan-Kedah.

Jam hampir pukul 12 malam. Dengan kancil cikai, ada aku dan 3 lagi rakan lain. Tapi awal-awal bertolak, aku tak drive. Aku bagi kat member lain drive. Aku rest kat belakang dengan sorang member lagi. Biarkan dua lagi kat depan tu sembang-sembang. Aku akhirnya terlelap dengan member sorang lagi kat belakang. Kroh kroh.

Sedar-sedar driver berhenti dekat sebuah kedai makan. Kalau tak silap, jalan tu namanya jalan Jeniang-Sik. Member nak buang air rupa-rupanya. Tapi oleh kerana ramai customer kat kedai makan tu guna tandas, si member ni ambik jalan mudah buang air kat tepi semak dekat kawasan gelap dekat situ. Dua-dua member kat depan buang air. Wallahua'alam dorang ni cuci dengan air ke tak. Okay, perjalanan diteruskan. Actually aku pun tak tahu sangat tentang jalan tu. Aku ingat kawan aku tu lagi tahu la kot dari aku. So aku biar je dia drive. Sekali lagi terlelap kat belakang dengan member. Sedar-sedar dah jauh sampai ke tempat yang gelap. Lalu jalan yang gelap tade orang. Rumah pun tade tepi2. Tak tahu kat mana. Aku tanyalah member, "kat mana?" Dia jawab dia sendiri pun tak tahu kat mana. Sepatutnya masuk satu simpang ni utk tembus ke Baling-Gerik. Tapi tak jumpa simpang/cabang tu. Aku pun suruh dia u-turn.

Ok. Time dia u-turn kete tu, tibe-tibe aku dan member kat belakang rasa seriau gile. Naik semua bulu2 roma kami berdua kat belakang. Aku tanya member kat belakang tu, dia rasa tak apa aku rasa. Dia kata dia pun sama. So kitorang sama2 baca ayat-ayat al-Quran senyap2. Perjalanan diteruskan..50KM rupa2nya kitorang tersesat ke jalan gelap tu. Jumpalah akhirnya satu simpang ni. Apalagi driver terus masuk. Tapi tambah cemas bila salah simpang la plak. Masuk jalan yang gelap gak. Aku pun tak sedap hati dah. Aku mintak tukar driver lak. Skang aku sendiri yang pandu kete tu.

Alhamdulillah, bila aku drive, jumpa lak simpang tu. Elok2 plak jumpa. Aku pun teruskan perjalanan melalui jalan simpang tu. Jalan shortcut sebenarnya simpang ni. Jalan kecik je. Ada la dalam 50km lebih gak kalau tak silap. Or 100Km ke jalan besar Baling - Gerik. 
Tapi dengan izin Allah, jalan shortcut tu hanya ambil masa 5 minit sahaja ke jalan besar malam tu. Berpuluh2 KM boleh dapat 5minit perjalanan tak? Logik tak? Jika 10KM mungkinlah logik.

Dengan izin Allah juga, sampai je ke jalan besar, ketiga2 kawan terlelap padahal tadi duk borak elok2. Betul2 tdo. Kecuali aku.

Time tu hujan renyai2. Lampu tinggi kete kancil ni memang dah rosak awal2 lagi. Lampu standard je yang pasang. Memang kena bawa slow2 lah dalam keadaan hujan macam tu. Ingat lagi meter kete hanya takat 60 km/j atau kurang. Tak laju pun. Kete time tu lak sedang menaiki kawasan bukit. Memanglah takleh pecut. 

Tiba-tiba....

Aku ternampak kelibat putih dengan banyak sekali di depan kete betul tak sampai 50 meter di hadapan kete tibe2 muncul! Apa lagi aku cuba brek kuat2 sambil pulas stereng ke kanan. Tapi gedegang!!!! Hancur remuk bonet kete aku. Terempuh jugak benda tu..Kawan2 semua tersedar terkejut. Bawak 60km/j tapi brek macam 140km/j. Logik tak? Tapi itulah kenyataannya.

Pintu kiri sebelah depan takleh buka lgsg. Lampu pecah. Tapi mentol dia elok2 terpasang. Lampu tinggi yang rosak tibe2 elok kembali. Nasib baik kete tak mati, boleh terus berjalan. Aku dah cuak dah. Takut2 terlanggar orang ke. Tapi aku tengok ke belakang. Memang tade apa2! Lembu ke binatang2 lain ke..takde pape!! Serius tade! Tapi kete aku rabak.

Perjalanan diteruskan dalam keadaan aku bingung. Tertanya2 pada kawan aku. Kawan2 aku tak nampak apa yang aku nampak. Dorang pun blur. Sampai di satu tempat, kami berhenti check kereta. Memang teruk gak lah kete. Kalau nak repair kena beribu gak la. Kami lgsg tak perasan kat mana kami berenti tu. Rupa2nya di belakang tu kubur Cina yang luas. Anda mesti perasan kalau lalu lebuhraya ni. Tapi kami tak perasan benda ni. 

Perjalanan diteruskan gak. Sampai ke Tasik Banding, ingat nak rehatlah. Penat dan bingung. Tapi baru je nak rehat. Tak sedap hati. Tengok di side mirror macam ada something je kat belakang tgh renung kitorang. Tapi macam tadi gak, hanya aku yang perasan. Aku kata, teruskan je lah perjalanan. Tak payah rehat.

So aku teruskan perjalanan.

Jalan lagi dalam kepenatan. Tapi tak lama. Tak sampai setengah jam, kami berempat penat teramat sangat2. Nampaklah satu kontena trailer lama kat tepi jalan. Aku pun decide nak rehat tepi trailer tu je lah. Tu je kenderaan yang ada kat tepi jalan gelap tu. Tade kenderaan lain. Sekurang2nya ada peneman dalam hati ni kata. So, aku park kete dekat trailer tu. Padamkan lampu kete, tak matikan enjin, free gear dan tarik handbrake. Tak sampai 1 minit, keempat-empat tertdo..

Tibe-tibe...

(bersambung)

Part II

Kawan (1st driver) melaung2 nama aku. "Dee! kereta2!" Aku cepat2 bukak mata. Terkejut! Kereta jalan sendiri menaiki bukit! 

Lampu tak pasang, gear masih free, handbrake masih tak turun. Tapi kereta jalan! Aku tengok kaki kanan aku bergerak sendiri hentak2 pedal minyak. Apa hal kaki aku ni?! Kete lak bergerak ke arah gaung. Aku kekalutan dan bersusah payah cuba stopkan kaki aku, nyalakan lampu dan akhirnya dapat kawal balik kete. 
......


Skip cerita. Sampai kat rumah, after hantar semua kawan2 balik. Aku tertdo. Petangnya tibe2 ummi kejutkan aku. Ayah aku kena sampuk hantu meracau2. Suara dia dah bertukar jadi suara perempuan! Suara perempuan yang menengking2.
......

Skip cerita lagi. Akhirnya after ayah dah berubat. Aku dan kawan2 juga berkumpul kembali. 3 je berkumpul. Sorang lagi tak dapat datang sebab dia duk jauh. So berubatlah kitorang sebab bulu roma meremang tak turun2 dari pagi sampai petang. Semua muka pucat je. Tanyalah ustaz tempat berubat tu. "Ia" ada skang bersama2 kitorang. Ustaz tu pun berinteraksi lah dengan benda tu. Lalu dia cite la asal usul benda tu. 

Ustaz tu kata pompuan tu asalnya wanita cantik, digilis trailer time nak lintas jalan kat simpang yg kitorang sesat tu. Jadi dia dendam pada manusia. Wallahua'alam. Skang rupanya mengerikan..pale sebelah hancur dan berdarah2 baju..

Then, after berubat dan ustaz tu hantar balik benda tu ke tempat asal dia datang. Kitorang ok balik. Alhamdulillah. Kalau tak, terasa berat badan dan tak sedap badan je.

Kami semua seram. Taknak lalu dah jalan Jeniang-Sik malam2.

Tips : 5 Kelebihan Makanan Pedas




1. Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.

 
2. Menyihatkan jantung
Menyihatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

 
3. Mencegah kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.


4. Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

 
5. Mengurangkan stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.


Fakta! 30 Fakta Menarik Tentang Wanita




Fakta-Fakta Tentang wanita

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.


5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.


7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.


8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.


9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.


11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.


13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.


14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.


15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.


16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!


18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.


19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.


20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.


21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!


22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.


23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.


25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.


26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.


27.Senjata wanita adalah airmata!!


28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.


29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.


30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Friday, 21 December 2012

Sihat: Senaman Cergaskan Otak


 Pelbagai jenis senaman boleh dilakukan dengan mudah tanpa mengiraa waktu untuk bukan sahaja meningkatkan kecergasan tubuh, bahkan merangsang otak.

Berikut merupakan aktiviti yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.

1) Naik dan turun tangga 

Bagi yang sukar untuk memulakan senaman, dengan memanjat tangga ia dapat membantu  mengepam darah ke otak.
Senaman yang mudah ini boleh dilakukan di rumah sahaja.

2) Meletakkan kenderaan di tempat jauh

Kebanyakkan orang gemar mencari kawasan tempat letak kereta yang hampir dengan kawasan yang ingin dituju. Bagaimanapun tindakan itu hanya merugikan anda. Dengan meletakkan kenderaan lebih jauh anda akan dapat berjalan ia akan memperbaiki sistem jantung, malah menawarkan banyak manfaat kepada kesihatan.

3) Aktif 

Bagi mereka yang kurang aktif, mereka masih boleh membuat aktiviti ringkas seperti berjalan-jalan bersama rakan-rakan.
Sambil berbual dngan rakan, anda bukan sahaja dapat meluangkan masa bersama-sama tetapi juga boleh mengeluarkan peluh.

Jadi sesiapa yang rasa ada banyak masa terluang tu rajin-rajin la buat senaman ringan ni, tak susah pun senang je.












Thursday, 20 December 2012

Cute Kucing Yang Manja

Comel betul kucing ni yang ingin bermanja dengan tuannya. Mari kita tengok bagaimana cara kucing ni nak tarik perhatian tuan dia.

Ni baru betul kucing yang sangat manja.





Cool Chinese Toilet Animation Prank




Kelakar dalam masa yang sama sungguh menarik..



Lawak Bayi 16 Bulan Hanya Mahu Duit




Comel sangat....

Monday, 10 December 2012

Gambar Lawak Giler











Tahukah Anda...

Orang Kaya Lebih Panjang Umur

Wang memang tak boleh beli kebahagiaan tetapi wang akan membantu kita menghindari penyakit akibat rasa   tidak bahagia dan tertekan.
Menurut satu kajian di England, orang kaya hidup lagi lama berbanding orang miskin walaupun mereka sama-sama menghadapi tekanan.
Menurut ketua penyelidik, Dr Antonio Ivan Lazzarino, kombinasi kemiskinan dan tekanan boleh memberi kesan kepada kesihatan.
Kajian yang dimuatkan dalam Archives of Internal Medicine itu meneliti data lebih daripada 66,500 orang di England yang berusia 35 tahun ke atas.
Pengkaji menyimpulkan bahawa orang yang mempunyai status ekonomi lemah dan mengalami tekanan lebih cenderung meninggal dunia dengan lebih cepat dan orang yang mempunyai status kewangan baik juga memiliki tahap kesihatan yang baik dan membolehkan mereka hidup lebih lama.





sekadar hiasan 

Sunday, 2 December 2012

Kelibat Wanita Teleport Menyelamatkan Nyawa di China

Korang mesti pernah lihat teleportation kalau korang pernah tengok filem orang putih seperti Star Trek (1996) dan Jumper (2008), hal inilah yang terjadi di negara China di mana seorang wanita telah dirakam melalui CCTV menyelamatkan seorang lelaki daripada dilanggar lori.



Aku pun tengok sampai 5,6 kali..adakah edit atau benar..Terpulanglah pada korang untuk percaya atau tidak.


*Contoh filem sains fiksyen english Jumper (2008)

 

Apa komen korang????

Saturday, 1 December 2012

Selamat Datang.........................

                                                                                 logo